Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi daging goreng jintan yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
100 gm daging hiris kiub kecil
batang lidi secukupnya
2 gm jintan putih – ditumbuk
5 gm serbuk cili
Garam secukup rasa
Salad secukupnya sebagai hiasan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Mula-mula, daging dihiris kiub.
2.Kemudian cucukkan daging tadi pada lidi seperti sate
3.Selepas itu, panaskan minyak dan gorengkan daging tadi hingga masak.
4.Ketika angkat masih panas-panas gaulkan bersama jintan putih, serbuk cili dan garam secukupnya.

Resipi: Cef Sulaiman Liu Wei Bo


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram