Sedapnya serunding ikan ni. Sesuai dimakan dengan nasi impit atau roti, resipinya sangat mudah dan semestinya lazat. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan selayang
1 biji kelapa (pati santan)
BAHAN KISAR:
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
15 tangkai cili merah
3 cm halia
15 ulas bawang merah

CARA MENYEDIAKANNYA:
1.Kukus ikan hingga isinya lembut dan kemudian sejukkan.
2.Asingkan isinya dan kemudian hancurkan sedikit.
3.Campurkan pati santan dan bahan kisar, asam gelugur, garam, gula dan isi ikan. Masak menggunakan api yang perlahan selama lima minit sambil dikacau.
4.Kecilkan api dan sangai terus menerus hingga kering.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram