Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 19,137 kes jangkitan Covid-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 yang bermula dari 8 Mei hingga 14 Mei direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Rekod itu menjadikan jangkitan Covid-19 meningkat sebanyak 119 peratus berbanding 8,732 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-18).

Menurut Noor Hisham, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 4,475,873 kes dengan 29,762 kes aktif.

“Purata kadar kebolehjangkitan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 70.2 peratus iaitu 0.97 berbanding 0.57 pada minggu sebelumnya. 

“Bilangan kes sembuh pada ME ke-19 menurun sebanyak 59.2 peratus atau 30,930 kes kepada 12,618 kes berbanding ME ke-18 dan kumulatif individu pulih ialah 4,410,499,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Johor, Melaka pula lapor kes positif varian Omicron

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata,kes kematian pada ME ke-19 menunujukkan sedikit peningkatan iaitu 3.1 peratus (32 kes kepada 33 kes) berbanding ME ke-18.

Jelas beliau, data itu menjadikan kumulatif kematian kini 35,612 setakat minggu lepas.

Noor Hisham menambah, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat 38 peratus untuk ME sama berbanding ME sebelumnya.

Katanya, kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat sebanyak 100 peratus melibatkan semua kategori pesakit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram