PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua guru supaya tidak pernah lelah untuk terus menjadi pelita bagi menerangi Keluarga Malaysia.

Sempena sambutan Hari Guru 2022 hari ini, Perdana Menteri turut berharap pendidik akan terus berbakti dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk anak-anak Keluarga Malaysia.

Menurut beliau, tema sambutan Hari Guru iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ juga bertepatan dengan komitmen mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar dengan aspirasi melahirkan pewaris generasi masa depan negara.

“Tanggal 16 Mei merupakan hari yang cukup bermakna buat warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.

Baca artikel berkaitan: Terima kasih buat 500,000 guru di seluruh negara – Radzi Jidin

“Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

“Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pemilihan ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sebagai tema Sambutan Hari Guru tahun ini bertepatan dalam menghargai peranan guru secara menyeluruh.

Penerapan elemen SEJAHTERA yang dilaksanakan oleh guru dapat disampaikan melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di luar sekolah secara langsung atau tidak langsung.

Terdapat 14 elemen SEJAHTERA diterapkan iaitu Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram