PELAKON Mona Allen berkongsi berita gembira apabila dia sedang hamil anak pertama selepas empat tahun mendirikan perkahwinan dengan aktor Pekin Ibrahim.
Menurut Mona atau Munna Hafiranea Allen,37, usia kandungannya kini sudah masuk fasa akhir trimester kedua.
“Syukur alhamdulillah, saya mengandung enam bulan. Baharu sekarang nak berkongsi pada semua sebab kami rasa sebelum ini masa tidak sesuai.
“Kami tidak sorok apatah lagi nak merahsiakan tentang kehamilan ini. Sejujurnya, kami nak beritahu pada semua selepas kandungan masuk tujuh bulan tapi perut dah tak boleh nak sorok dah,” katanya.
Sebelum ini, Mona ada memuat naik gambar bersama Pekin yang sedang memegang perutnya sekaligus menamapkkan ‘baby bump’.
Dalam pada itu, Mona akui pernah menggunakan kaedah perubatan Islam dengan merujuk seorang ustaz dalam usahanya untuk hamil.
“Ya, saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam demi ikthiar untuk hamil.
“Syukur sangat selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa daripada ustaz, saya mengandung,” kongsinya.
Untuk rekod, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.