menjawab tanggapan buruk
Sekadar gambar hiasan

Pada suatu hari Imam as-Syafie r.a. telah datang berkunjung ke rumah Imam Ahmad b. Hambal. Sesudah makan malam bersama, lalu Imam Syafie masuk ke bilik yang telah disediakan untuknya dan beliau segera berbaring (tidur) hingga esok fajar.

Puteri Imam Ahmad yang mengamati Imam Syafie sejak daripada kedatangannya sampai masuk ke bilik untuk tidur berasa pelik, lalu bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur,

“Ayah! ayah selalu memuji dan mengatakan bahawa Imam Syafie itu seorang ulama yang alim. Tetapi setelah aku perhatikan banyak yang tidak berkenan di hatiku dan tidaklah sealim yang aku sangka.”

Imam Ahmad agak terkejut mendengar perkataan puterinya. Dia bertanya balik,

“Ia memang seorang yang alim anakku, mengapa engkau berkata demikian?”

Puterinya berkata lagi,

“Aku perhatikan ada tiga hal kekurangannya ayah. Pertama pada waktu disajikan makanan, makannya dengan begitu lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke biliknya, ia tidak bangun untuk solat malam dan ketiga ia solat Subuh dengan kita tanpa berwuduk.”

Imam Ahmad merenungkan perkataan anaknya itu. Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka dan mengetahui dengan lebih jelas, dia menyampaikan pengamatan puterinya kepada Imam Syafie.

Tersenyum Imam Syafie mendengar pengaduan puteri Imam Ahmad tersebut. Lalu dia berkata,

“Wahai sahabatku Ahmad, ketahuilah, aku banyak makan di rumahmu kerana aku tahu makanan yang ada di rumahmu itu jelas halal dan ada keberkatannya.

Aku tidak meragukannya sama sekali, kerana itulah aku boleh makan dengan tenang dan lahap. Lagi pula aku tahu engkau seorang yang pemurah. Makanan orang pemurah itu adalah ubat dan makanan orang yang bakhil adalah penyakit. Aku makan semalam bukan supaya kenyang, akan tetapi untuk berubat dengan makananmu.

“Ya Ahmad, sedangkan mengapa aku tidak bangun solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seakan-akan aku melihat di hadapanku kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dengan izin Allah, malam itu aku dapat menyusun 72 masalah ilmu fiqah Islam sehingga aku tidak sempat bersolat malam.

“Dan kenapa aku tidak wuduk lagi ketika solat Subuh bersamamu kerana aku pada malam itu tidak dapat tidur walau sekejap pun. Aku semalaman tidak tidur sehingga aku solat fajar dengan wuduk solat Isyak.”

________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare