Kanak-kanak berusia tiga tahun yang di dera dalam satu kejadian dekat Pandan Perdana di Ampang Jaya, Selangor.

SEORANG kontraktor sambilan yang disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di sebuah rumah dekat Pandan Perdana, Ampang Jaya berjaya diberkas polis petang tadi.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya berjaya mengesan suspek berusia 41 tahun itu di Jalan Besar, Taman Dagang kira-kira pukul 5.40 petang.

Beliau berkata, suspek merupakan rakan kepada bapa kanak-kanak tersebut.

“Suspek diminta untuk menjaga kanak-kanak lelaki itu susulan ibu bapa mangsa ditahan di dalam penjara diatas kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan satu jenayah komersil.

Baca artikel berkaitan: Kanak-kanak tiga tahun cedera di muka, badan didera penjaga

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok hari untuk permohonan reman bagi membantu siasatan”.

Semalam, UtusanTV melaporkan kisah penderaan kanak-kanak ith terbongkar selepas jiran mangsa terdengar tangisan kuat sebelum membuat laporan polis.

Hasil pemeriksaan pengadu pada badan mangsa mendapati terdapat kesan cedera di bahagian muka dan badan.

Mangsa kini ditempatkan di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk pemerhatian lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram