Ervin Chang. - Gambar Twitter MGA

SEMUA kelab golf dalam negara perlu mengambil inisiatif untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu dan pemain seperti Ervin Chang yang baru sahaja menghadiahkan emas dalam Sukan SEA ke-31.

Presiden Persatuan Golf Junior Malaysia (MGJA), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, kejayaan Ervin membuktikan sukan golf mampu berkembang dan mempunyai potensi yang cukup tinggi terutamanya pada generasi muda Malaysia.

“Kejayaan Ervin Chang menghadiahkan emas dalam sukan golf kepada Malaysia pada Sukan Sea Hanoi merupakan khabar yang sangat baik sejak kali terakhir memenanginya 21 tahun yang lalu.

“Kelab-kelab golf seharusnya beriltizam dan saling melengkapi antara satu sama lain terutamanya dalam pengurusan dan kemudahan yang terbaik kepada mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Rachel raih emas, ceriakan kem gimnastik

Mengulas lanjut, Irmohizam berkata, sukan golf harus dilihat melalui perspektif sukan dan bukannya secara eksklusif selain dijadikan satu budaya sukan untuk semua peringkat.

Jelas beliau, kerjasama daripada kelab golf untuk mencungkil dan menggilap bakat pemain mudah mampu membawa pemain golf daripada peringkat amatur sehingga ke peringkat profesional.

“Inisiatif ini boleh dijayakan melalui kerjasama latihan dengan institusi pengajian awam dan swasta.

“Sudah tiba masanya sukan golf menjadi lebih inklusif agar minat serta pendedahan kepada rakyat dapat di dekatkan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram