PENYANYI irama Malaysia Noraniza Idris bakal mementaskan konsert solo pertamanya yang berskala mega Oktober depan dan dikatakan menelan belanja sekitar RM1.5 Juta hingga RM2 Juta.

Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani turut memberitahu bahawa bajet untuk mementaskan sebuah persembahan yang gah dan memukau memerlukan lebih daripada RM 500,000.

“Tenaga kerja yang digunakan lebih 300 orang. Bayangkan, kalau mereka bekerja tiga hari dan setiap pekerja dibayar RM2,000 sehari. Berapa jumlahnya untuk tiga hari?

“Itu baru tenaga kreatif, belum lagi kos sewaan. Selain itu, kos pemuzik orkestra dan suara latar yang tidak boleh sekadar empat orang, sebaliknya satu kumpulan koir.

“Jadi, semua itu memerlukan kos tinggi,” katanya.

Anggaran kos meliputi semua aspek yang telah dikira boleh mencapai RM1.5 Juta hingga RM2 Juta bagi membuat sebuah konsert besar.

Noraniza, 53, mahu merealisasikan impiannya untuk mementaskan persembahan yang mampu mendidik generasi masa kini cinta akan seni irama Malaysia selain daripada membuat yang terbaik.

“Sejak 20 tahun lalu saya mahu buat konsert, namun, tidak berpeluang. Jadi, buat kali pertama sepanjang karier 36 tahun, saya bakal menjayakan konsert solo di Istana Budaya (IB).

“Konsert Malai Solo dirancang dipentaskan di IB pada 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM). Namun, ditunda disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah, saya sudah dapat tarikh baharu penganjuran, iaitu Oktober depan. Bagi merealisasikan konsert itu, saya kena berusaha cari dana,” katanya memetik BH Online.

Bagi Konsert Malai Solo itu, Noraniza telah menjemput Datuk Seri Siti Norhaliza untuk menyaksikan persembahan yang berlangsung di Istana budaya.

Bagaimanapun penyanyi nombor satu negara itu tidak berani untuk memberi apa-apa janji kerana sudah terikat dengan projek lain.

“Jika tiada halangan, rasanya tiada masalah untuk Siti jadi penonton.

“Insya-Allah, kita tengok macam mana. Siti ada perancangan tersendiri. Semuanya bergantung kepada keadaan dan rezeki.

“Tetapi terima kasih banyak-banyak dan syukur Alhamdulillah. Niat murni dan doa yang baik pasti Allah makbulkan,” ujarnya.

Bersempena Konsert Malai Solo pada Oktober depan, Noraniza juga telah merancang untuk menghasilkan single Baharu.

“Insya-Allah, saya merancang melancarkan single baharu, Ogos depan. Single perlu dilancarkan antara dua hingga tiga bulan sebelum konsert berlangsung.

“Sepatutnya single itu sudah dirakamkan Ramadan lalu. Namun, saya tidak berkesempatan. Mahu atau tidak, selepas Aidilfitri ini, saya kena ambil masa untuk merakamkannya,” jelasnya.
‘Rm 2 Juta Untuk Konsert’- Noraniza Idris Kerja Kuat Sekarang

PENYANYI irama Malaysia Noraniza Idris bakal mementaskan konsert solo pertamanya yang berskala mega Oktober depan dan dikatakan menelan belanja sebanyak RM 1.5 Juta hingga RM 2 Juta.

Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani turut memberitahu bahawa bajet untuk mementaskan sebuah persembahan yang gah dan memukau memerlukan bajet lebih daripada RM 500,000.

“Tenaga kerja yang digunakan lebih 300 orang. Bayangkan, kalau mereka bekerja tiga hari dan setiap pekerja dibayar RM2,000 sehari. Berapa jumlahnya untuk tiga hari?

“Itu baru tenaga kreatif, belum lagi kos sewaan. Selain itu, kos pemuzik orkestra dan suara latar yang tidak boleh sekadar empat orang, sebaliknya satu kumpulan koir.

“Jadi, semua itu memerlukan kos tinggi,” katanya.

Anggaran kos meliputi semua aspek yang telah dikira boleh mencapai RM 1.5 Juta hingga RM 2 Juta bagi membuat sebuah konsert besar.

Noraniza Idris, 53 mahu merealisasikan impiannya untuk mementaskan persembahan yang mampu mendidik generasi masa kini cinta akan seni irama Malaysia selain daripada membuat yang terbaik.

“Sejak 20 tahun lalu saya mahu buat konsert, namun, tidak berpeluang. Jadi, buat kali pertama sepanjang karier 36 tahun, saya bakal menjayakan konsert solo di Istana Budaya (IB).

“Konsert Malai Solo dirancang dipentaskan di IB pada 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM). Namun, ditunda disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah, saya sudah dapat tarikh baharu penganjuran, iaitu Oktober depan. Bagi merealisasikan konsert itu, saya kena berusaha cari dana,” katanya memetik BH Online.

Bagi Konsert Malai Solo itu, Noraniza telah menjemput Datuk Seri Siti Norhaliza untuk menyaksikan persembahan yang berlangsung di Istana budaya.

Bagaimanapun penyanyi No 1 negara itu tidak berani untuk memberi apa-apa janji kerana sudah terikat dengan projek lain.

“Jika tiada halangan, rasanya tiada masalah untuk Siti jadi penonton.

“Insya-Allah, kita tengok macam mana. Situ ada perancangan tersendiri. Semuanya bergantung kepada keadaan dan rezeki.

“Tetapi terima kasih banyak-banyak dan syukur Alhamdulillah. Niat murni dan doa yang baik pasti Allah makbulkan,” memetik BH Online.

Bersempena Konsert Malai Solo Oktober depan, Noraniza juga telah merancang untuk menghasilkan single Baharu.

“Insya-Allah, saya merancang melancarkan single baharu, Ogos depan. Single perlu dilancarkan antara dua hingga tiga bulan sebelum konsert berlangsung.

“Sepatutnya single itu sudah dirakamkan Ramadan lalu. Namun, saya tidak berkesempatan. Mahu atau tidak, selepas Aidilfitri ini, saya kena ambil masa untuk merakamkannya,” ujarnya lagi memetik BH Online.

Untuk rekod, Noraniza pernah tampil bersama penyanyi rap wanita, Bunga dengan lagu berjudul Intan Payung dan telah meraih 10 Juta tontonan di Youtube.