gerang asam

Gerang asam adalah salah satu sajian yang cukup popular dikalangan masyarakat Baba dan Nyonya. Rasanya sedap dan aromanya sangat menyelerakan. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Cef Florence Tan ini. Memang lazat pasti makan bertambah nasi.

BAHAN-BAHAN:
900 gm ikan tenggiri
20 tangkai bendi
175 ml minyak masak
75 gm asam jawa
750 ml air
2 helai daun limau purut
1/2 sudu kecil gula
2 1/2 sudu kecil garam

BAHAN KISAR HALUS:
20 tangkai cili kering
18 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
2.5 cm lengkuas
4 batang serai
1 1/2 sudu kecil belacan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan asam jawa dengan air, gaulkan sehingga sebati. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3.Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
4.Besarkan api, masukkan ikan, daun limau purut, gula dan garam secukup rasa.
5.Akhir sekali, masukkan kacang bendi dan reneh sehingga empuk.

Pesan Cef: Ikan pari juga boleh dibuat ganti ikan tenggiri. Potong ikan selebar 5 cm.

Florence Tan
Resipi: Cef Florence Tan

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram