sup ketam

Sedapnya sup ketam ini. Pasti ulang makan banyak kali. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

BAHAN-BAHAN:
200 gm ketam bunga – potong kecil
2 batang serai – titik
6 tangkai cili padi – titik
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
50 ml minyak masak
200 ml air
Sedikit garam

BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah
4 cm halia
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun ketumbar

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan hiris sehingga naik bau, kacau rata sehingga kekuningan.
2.Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. Masukkan serai, cili padi, ketam, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Reneh sehingga masak.
3.Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan garam secukup rasa.

Resipi: Cef Aziah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram