Tangkap layar video kawasan perkarangan sebuah sekolah di Kedah dilimpahi air banjir ketika Sambutan Hari Guru diadakan.

SAMBUTAN Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Haji Ismail, Kuala Kedah tetap meriah walaupun secara tiba-tiba air banjir melimpah masuk di perkarangan sekolah tersebut.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, kawasan tempat parkir kereta dan laluan masuk ke sekolah tersebut sudah dipenuhi air banjir.

Begitupun, mujurlah di bahagian dewan sekolah tersebut tidak terjejas dek kerana banjir tersebut.

Baca artikel berkaitan: Terima kasih buat 500,000 guru di seluruh negara – Radzi Jidin

Menurut perkongsian pembaca UtusanTV, kejadian tersebut berlaku pada jam 11.45 pagi tadi.

Jelasnya, aktiviti antara murid dan guru sempena Sambutan Hari Guru itu tetap diteruskan memandangkan air banjir itu tidak serius.

“Aktiviti bersama murid dan guru tetap diteruskan walaupun kawasan perkarangan sekolah dinaiki air pada paras buku lali.

“Majlis Sambutan Hari Guru berakhir dengan baik walaupun banjir kecil berlaku,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram