SEORANG kontraktor sambilan direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah dekat Pandan Perdana, Ampang Jaya Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, permohonan reman dibuat di Mahkamah Ampang, Selangor kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Baca artikel berkaitan: Kontraktor sambilan disyaki dera kanak-kanak tiga tahun ditahan
“Suspek berusia 41 tahun merupakan rakan kepada bapa kanak-kanak terbabit akan direman sehingga hari Isnin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, UtusanTV melaporkan suspek berjaya ditangkap di Jalan Besar, Taman Dagang kira-kira pukul 5.40 petang, selepas dburu polis.
Perbuatan suspek terbongkar selepas jiran mangsa terdengar suara tangisan kuat kanak-kanak tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis.
Mangsa kini ditempatkan di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk pemerhatian lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram