Hasil siasatan polis, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 27 Lebuhraya Utara-Selatan Arah Selatan kira-kira pukul 4 petang kelmarin.FOTO PDRM


PEMANDU Perodua Myvi yang videonya memandu secara melulu di lorong kecemasan dan tular di media sosial ditahan polis semalam.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 27 Lebuhraya Utara-Selatan Arah Selatan kira-kira pukul 4 petang kelmarin.


Ketua Polis daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, hasil siasatan polis, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 27 Lebuhraya Utara-Selatan Arah Selatan kira-kira pukul 4 petang Isnin.


Menurutnya, susulan video tersebut, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah mengesan individu terbabit untuk tindakan lanjut.


“Kira-kira pukul 7 petang, bertempat di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai, polis menahan seorang lelaki yang merupakan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut. 


“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


Beng Yeow berkata, polis IPD Kulai menyeru pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang bagi memastikan pengguna jalan raya yang lain selamat dan kemalangan dapat dielakkan. 


“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang,” katanya.