Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob- Gambar Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Rumah Terbuka Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Kehadiran Ismail Sabri pada kira-kira 12 tengah hari disambut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ismail Sabri yang lengkap berbaju Melayu berwarna merah dan bersamping merah jambu meluangkan masa kira-kira sejam 40 minit di majlis itu yang turut dihadiri kira-kira 7,000 tetamu. 

Baca artikel berkaitan: Ismail Sabri ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis

Ismail Sabri kemudiannya menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Tahun 2022 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Kehadiran Ismail Sabri pada kira-kira 2 petang itu disambut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, timbalannya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira  30 minit di majlis itu yang turut dihadiri kira-kira 5,000 tetamu. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram