Tangkap layar ekzos kereta Honda Accord yang dicuri.

POLIS Ampang Jaya kini mengesan seorang lelaki mencuri ekzos kereta jenis Honda Accord dalam satu kejadian di tepi Jalan Perdana 3/6 dekat Pandan Perdana, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa telah meletakkan kenderaan milik syarikat di hadapan rumah dalam keadaan baik pada pukul 11 malam tadi.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari ekzos kereta miliknya dicuri apabila mahu menghantar anak ke sekolah pada pukul 7 pagi tadi.

“Kereta tersebut telah membuat bunyi yang pelik semasa mahu dihidupkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Padah main mercun tepi plaza tol, lima lelaki ditahan polis

Beliau berkata, hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran mendapati seorang lelaki dengan bangsa tidak pasti telah mencuri ekzos kereta.

Katanya, kes kini di siasat di bawah seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram