Keadaan kemalangan yang berlaku di Jalan Persiaran Masjid Sultan, pagi tadi. GAMBAR: POLIS

TINDAKAN seorang lelaki berusia 38 tahun memandu tanpa lesen telah meragut nyawa seorang remaja selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar motosikal dibonceng mangsa pagi tadi.

Mangsa, Mohammad Nizwan Mohd Nizam, 19, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala penunggang motosikal hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku di Jalan Persiaran Masjid Sultan, Klang Selatan pada pukul 7.55 pagi.

Katanya ketika kejadian mangsa sedang membonceng motosikal bersama abang iparnya berusia 46 tahun.

“Pemandu Mitsubishi yang tidak mempunyai lesen dalam perjalanan dari arah Sungai Pinang ke Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang.

“Pemandu tidak menyedari kehadiran motosikal diboceng mangsa, lalu melanggar bahagian belakang kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kontraktor sambilan dera kanak-kanak direman tujuh hari

“Mayat mangsa telah di hantar ke Hopsital Tengku Ampuan Rahimah bagi tujuan bedah siasat,” katanya dan menambah pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hoong Fong berkata, kes kini di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram