Sedapnya rendang ayam kampung ni. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi yang menyelerakan ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung – potong 8
Santan pekat dari 1 biji kelapa
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas
20 tangkai cili kering – kisar
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ayam dipotong dan bersihkan.
  2. Cili kering, halia, bawang merah, serai, lengkuas dan bawang putih dikisar halus.
  3. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali, kemudian masukkan ayam dan kerisik.
  4. Kacau rata agar semua bahan sebati dan masak dengan api yang sederhana hingga air ayam tadi kering sedikit.
  5. Kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit, serta sentiasa kacau. Setelah kuah menjadi pekat masukkan garam dan asam gelugur. Kacau rata hingga kuah menjadi kering.

Resipi: Hotel De Palma Ampang


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram