Resipi tart blueberi badam ini memang sedap dan unik. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN UNTUK KULIT TART:
350 gm mentega
120 gm gula kastor
1 biji telur
500 gm tepung
Sedikit garam
Sedikit esen vanila

BAHAN UNTUK INTI TART
(BLUEBERI)
200 gm mentega
150 gm gula kastor
4 biji telur
80 gm serbuk badam
120 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit blueberi

CARA MENYEDIAKAN KULIT TART:
1.Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati.
2.Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum, garam dan esen vanila. Uli hingga menjadi doh.
3.Terapkan doh di dalam acuan yang disediakan. Ketepikan.

CARA MENYEDIAKAN INTI:
1.Pukul mentega dan gula.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau sebati.
3.Masukkan serbuk badam, tepung gandum dan serbuk penaik.
4.Masukkan blueberi dalam tat dan bahan-bahan inti di atasnya.
5.Bakar pada suhu 180oC selama 25 minit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram