
“DOA-DOAKAN (kontinjen Malaysia peroleh lebih daripada 36 emas).”
Itu reaksi ringkas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya sama ada kontinjen negara mampu membawa pulang jumlah pungutan melebihi sasaran awal 36 emas.
Menurut Ahmad Faizal, Malaysia ketika ini berada di landasan tepat mencapai sasaran yang ditetapkan bagi Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam itu.
Ia selepas kontinjen negara memperoleh emas ke-27 dalam acara renang 200m gaya bebas lelaki menerusi Khiew Hoe Yean.
Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun turut yakin dengan prestasi semasa yang dipamerkan semua atlet negara setakat ini.
Pada masa sama, beliau turut memaklumkan akan terbang ke Hanoi, Jumaat ini untuk bersama-sama atlet negara.
“Kita sebenarnya berada di landasan tepat, Insya-Allah dapat capai sasaran (36 emas), sama-sama kita doakan.
“Saya nampak kontinjen dalam semangat yang tinggi dan saya sendiri akan berangkat ke Hanoi, Jumaat ini menyemarakkan nama Malaysia di rantau ini,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Emas ke-27 dituai di kolam renang, KBS yakin sasaran mampu dicapai
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.
Malaysia menyasarkan sebanyak 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa di temasya Sukan SEA Hanoi yang akan berakhir pada 23 Mei depan.
Ahmad Faizal sebelum ini dilaporkan berkata sasaran 146 pingat itu ditetapkan berdasarkan prestasi semasa 584 atlet negara ke temasya berkenaan selepas berbincang dengan semua pemegang taruh yang terlibat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram