Tangkap layar seorang lelaki yang dikesan polis kerana menunjukkan pistol dalam sebuah festival animasi baru-baru ini.

POLIS kini mengesan seorang lelaki selepas aksinya menunjukkan objek seakan pistol di sebuah pasar raya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan rakaman video tersebut pada pukul 5.30 petang semalam.

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai salah seorang peserta yang menggayakan watak sebuah animasi.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku di festival animasi dekat Petaling Jaya yang berlangsung pada Jumaat hingga Isnin lalu.

Baca artikel berkaitan: Polis cari lelaki curi ekzos Honda Accord

“Polis kini mengesan individu terlibat dan kes kini di siasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, polis turut mengesan individu yang memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram