Buntu fikirkan hidangan pencuci mulut untuk dihidangkan buat keluarga dan tetamu, apa kata cuba resipi Pisang Karamel Sos Kastard ni, rasa sekali pasti nak lagi.

Cara menyediakannya cukup mudah. Gunakan pisang berangan, butter dan gula perang. Pisang jangan ambil yang terlalu masak, nanti tak sedap lepas digoreng.

Untuk bahagian Pisang Karamel, belah dibelah dua dan sapukan sedikit gula perang.

Panaskan kuali. Letakkan 1 sudu besar butter. Apabila butter mencair, masukkan pisang dan goreng sehingga berkaramel.

Untuk kuah, ikut bahan-bahan di bawah.

1 tin Susu cair

2 sudu besar Tepung kastard – bancuh dengan setengah cawan air

2 sudu besar Gula

1 biji Kuning telur

Daun pandan

(Jika adunan pekat sangat, tambahkan sedikit air)

Satukan ke semua adunan dan kacau sampai sebati. Selepas itu, masak adunan sehingga mendidih. Dan boleh tuang atas Pisang Karamel tadi. Letakkan dalam peti ais. Cukup enak dimakan ketika sejuk. Memang sedap sungguh.

Jangan lupa dapatkan Tips dan Resepi menarik secara PERCUMA di sini👇👇👇

#–> https://t.me/CikDayangZuhaila

#EasyBakeLab

#CaraCikDyg

#KasiLoveKasiLove

#MATJHNBIZ1008.”

Sumber : Cik Dayang Zuhaila