Bagi penggemar brownies, resipi brownies coklat ini antara yang harus anda cuba. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
120 gm mentega
240 gm coklat masak – hiris
100 gm gula perang
8 biji telur
75 ml susu
1 sudu kecil serbuk kopi
200 gm tepung
60 gm serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
100 gm kacang hazel / kacang tanah
80 gm walnut – dibakar dan hiris
60 gm coklat butang

BAHAN HIASAN COKLAT:
200 ml krim putar UHT
500 gm coklat masakan
30 gm mentega

CARA MENYEDIAKAN:
1.Cairkan mentega dan coklat di dalam kuali. Apabila cair, padamkan api dan tambah gula dan biarkan cair. Selepas itu, masukkan telur, susu dan kopi. Kacau hingga rata.
2.Selepas itu, masukkan kacang hazel dan gaul sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan gula perang, tepung, serbuk koko, soda penaik dan juga coklat butang. Gaul sehingga sebati.
4.Masukkan bahan tersebut ke dalam acuan pembakar dan bakar selama 50 minit.
5.Untuk menyediakan hiasan di atas kek, double boil krim dan kemudian masukkan coklat masak yang telah dihiris dan mentega. Masak sehingga ia cair.
6.Akhirnya, keluarkan kek yang telah masak dan sapukan dengan coklat hiasan ke atasnya. Sedia untuk dimakan.

Resipi: Chef Mohd Firdaus Stenly Abdullah (Cef Pastri), Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram