Sedapnya kambing beriani ini. Bagi penggemar hidangan berasaskan kambing, resipi kambing beriani ini wajib anda cuba. Rasanya sedap dan pasti memikat selera.

BAHAN-BAHAN:
1 kg bahu kambing – rebus empuk
2 labu bawang besar – hiris
1 batang saderi – cincang kasar
4 tangkai daun bawang – cincang
5 tangkai daun ketumbar – hiris
4 tangkai daun pudina – hiris
5 tangkai cili hijau – hiris
80 ml sos tomato
1/2 tin susu cair
4 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar madu
5 biji sengkuang Cina – kisar
350 ml air
Sedikit garam

BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak sapi, goreng bawang besar sehingga ke kuningan. Angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan pula bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah beriani dan tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan susu cair, sos tomato, madu, sengkuang Cina dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
4.Setelah mendidih, masukkan bahu kambing, batang saderi, daun bawang, daun ketumbar, daun pudina, cili hijau dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan masak sehingga beriani pekat.

Resipi: Chef Hadi hotel M Suites, Johor Bahru


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram