Pasukan MLBB Malaysia akan bertemua Laos dan Myanmar. - Gambar Facebook Geek Fam

PERLAWANAN pembukaan bagi permainan e-sukan, Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dalam Sukan SEA Hanoi menyaksikan pasukan negara tewas 2-0 kepada Filipina.

Malaysia yang dibarisi ahli kumpulan Todak dengan penambahan Xorn untuk memperkuatkan pasukan hampir sahaja memenangi set pertama perlawanan.

Komposisi yang ditunjukkan barisan pemain negara dilihat sangat baik dengan pemilihan ‘hero’ Baxia, Karrie, Xavier, Chou dan Khaleed.

Begitupun, pasukan Filipina dilihat lebih bernasib baik dan bijak memanipulasi kesilapan-kesilapan yang dilakukan pemain negara pada lewat permainan set pertama.

Bermula set kedua, kedua-dua pasukan dilihat seimbang pada awal permainan dengan permainan yang lebih agresif.

Namun, sedikit kesilapan daripada pasukan negara dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan Filipina.

Meskipun pasukan negara hampir saja memenangi set kedua permainan, namun kegopohan untuk menyerang ‘kristal’ memberi peluang kepada pasukan Filipina untuk menyerang balas.

Biarpun tewas, prestasi pasukan negara dilihat cemerlang dan dilihat mampu untuk menang dalam pertemuan dengan pasukan Laos dan Myanmar nanti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram