Selalunya nak buat biskut memang agak renyah, banyak bahan yang diperlukan dan setiap sukatan kenalah tepat. Kalau tak, alamatnya tak jadilah biskut raya.
Apa kata kita cuba sediakan Biskut Arab yang hanya gunakan tiga bahan sahaja. Wajib buat dek keenakannya yang tiada tandingan.
“BISKUT ARAB 3 BAHAN BIKIN KETAGIH
Jom layan biskut arab bersusu comey lotey #caracikdyg. Hanya 3 bahan saja tapi boleh buat hampa ketagih ketaq kepala. Wajib buat untuk raya tahun ni tau. Cikdyg tunjukkan biskut yang mudah dan sedap jerr kat hampa semua.
Bahan :
2 cawan Tepung gandum
1/2 cawan Gula icing
Minyak sapi secukupnya
Cara :
1. Gaul tepung dan gula. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.
2. Selepas siap bakar, terus salutkan dengan susu tepung.
Untuk tengok video secara live dan lebih detail di page EasyBakeLab . Klik link bawah ni tau
https://www.facebook.com/CaraCikDyg/videos/984801202425165/
Langkah demi langkah :













Nak resepi dan Tips yang lebih menarik?
Klik link JOIN TELEGRAM secara PERCUMA sekarang!
#EasyBakeLab
#CaraCikDyg
#KasiLoveKasiLove