SEORANG pemandu sebuah lori treler maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di satu selekoh berhampiran Jalan Duta, pada pukul 10.20 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, treler yang membawa muatan dokumen keselamatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) hilang kawalan dan merempuh tembok batu pembahagi jalan lalu terbalik.
Beliau berkata, kemalangan itu berlaku ketika pemandu berusia 47 tahun dalam perjalanan ke Plaza Tol Jalan Duta dari arah pusat bandar.
Baca artikel berkaitan: Tiga penjaja jeruk warga Indonesia ditahan di Bandar Baru Uda
“Pemandu disahkan maut di lokasi kejadian dan mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, seorang anggota polis turut tercedera ketika mengiringi lori treler itu dan telah menerima rawatan lanjut.
“Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.
Sarifudin berkata, saksi kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram