Tiga individu di tahan kerana menjaja jeruk di persimpangan jalan raya. GAMBAR: POLIS

TIGA lelaki warga Indonesia yang masih berdegil menjaja buah jeruk di persimpangan lampu isyarat ditahan polis ketika menjaja, tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor, Superitendan M. Kumarasan berkata, kesemua ditahan ketika pihaknya menjalankan “Ops Bersepadu Khas Penjaja Jalanan” di kawasan Bandar Baru Uda, Johor pukul 12.15 tengah hari.

Beliau berkata, operasi yang melibatkan sepasukan 13 anggota termasuk empat daripada Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) itu membawa kepada penemuan tempat simpanan buah jeruk yang diletakkan di belakang kedai haiwan hasil daripada maklumat orang ramai.

Bac artikel berkaitan: Warga emas maut rempuh tembok penghadang tol

“Sebanyak 12 buah kotak putih yang mengandungi 50 balang balang buah dengan anggaran 400 buah jeruk jenis mangga dan jambu di rampas pihak MBJB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek di bawa ke Ibu Pejabat Daerah Johor Bharu dan tindakan di ambil di bawah Kaedah 10A (1) & Kaedah 10A (2) LN 166/59.

Sehubungan itu, Kumarasan mengingatkan aktiviti menjaja di jalan awam perlu dihentikan bagi mengelakan sebarang kemalangan maut.

Katanya, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu mengaut keuntungan dengan cara mengabaikan aspek kebersihan terhadap makanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram