hukum percaya 12 zodiak

Ada 12 lambang zodiak iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius, Aquarius dan Pisces.  Ia dianggap sebagai rangka kehidupan yang memberi petunjuk untuk memahami karakter, untung nasib, keupayaan, perhubungan, kecenderungan minat semulajadi, kebolehan serta kehendak dalam mencapai matlamat seseorang.

Kedudukan inilah dijadikan acuan untuk meramal nasib seseorang. Ia berbeza dengan ilmu astronomi yang menggunakan kaedah ilmiah dalam penelitiannya. Sedangkan ilmu astrologi hanya menggunakan perubahan bintang dengan ramalan yang mempengaruhi kehidupan manusia. Masakan nasib manusia dapat diukur dengan hanya melihat perubahan bintang dan buruj di langit?

Imam Bukhari r.a di dalam kitab sahihnya bahawa Imam Qatadah r.a, seorang ulama tabi’en yang terkenal berkata,

“Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu, perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah. Maka barangsiapa yang mentakwilkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini, maka ianya adalah salah dan sia-sia, iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.”

Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Irwan Mohd Subri.  Asasnya, bintang dan buruj digunakan oleh orang Arab adalah sebagai penunjuk arah ketika pelayaran, selain untuk menghafal waktu-waktu dalam setahun berdasarkan bintang-bintang yang tenggelam.

Ia juga merupakan sebahagian daripada cabang ilmu falak. Namun, ilmu ini telah membawa kepada satu kepercayaan lain buat manusia iaitu ramalan. Perubahan dan posisi bintang yang dulunya dijadikan penunjuk arah, kini bertukar kepada kebolehan mengetahui nasib kehidupan seseorang.

Hakikatnya mempercayai ramalan mahupun tukang tilik adalah termasuk dalam amalan jahiliyyah yang sangat dilarang dalam ajaran Islam. Perbuatan itu sebenarnya langsung tiada beza dengan mempercayai ramalan horoskop.

Walaupun horoskop bukan tukang tilik atau nujum, namun horoskop merupakan ‘nujum moden’ yang mudah mempengaruhi manusia. Walaupun, ada segelintir masyarakat berpendapat, ianya sebagai bahan keseronokan, namun ianya masih haram di sisi Islam apatah lagi jika mempercayainya.

Tegasnya beliau, perbuatan itu boleh menjadi kufur. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barang siapa yang mendatangi dukun mahupun peramal, dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka ia telah kafir pada wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w.

Manakala Imam Syafi’e dalam kitabnya al-Umm berkata,

“Barangsiapa berkata bahawa kami diberi hujan sebab terbenamnya ini dan itu, sebagaimana dimaksudkan sebahagian orang Musyrik yang menisbahkan hujan akibat terbenamnya bintang, maka dia telah kafir.”

Selain itu, Imam Muslim ada meriwayatkan hadis dari Nabi s.a.w.  yang bermaksud,

“Barang siapa yang berjumpa dengan tukang tilik, lalu dia bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka solatnya tidak diterima 40 malam.”

Mafhum hadis menjelaskan, barang siapa yang berjumpa tukang tilik atau nujum, solatnya tidak diterima selama 40 hari. Namun, Imam Nawawi menjelaskan, 40 hari solat tidak diterima bererti pahala solatnya tidak diterima. Dan solat tersebut tidak perlulah diulangi kerana solat itu dianggap dapat menggugurkan kewajipan solatnya.

Tidak dapat dinafikan, mungkin ada yang hanya membaca ramalan bintang horoskop ini sekadar untuk hiburan semata. Namun tanpa disedari ia juga mengundang rasa percaya apabila ramalan tersebut kebetulan tepat dengan diri.

Maka, isu ini tidak boleh dipandang enteng kerana ia boleh merosakkan akidah dan iktikad umat Islam terutamanya golongan remaja. Remaja merupakan peringkat yang sedang mencari identiti diri.

Jika tidak dijelaskan bahaya ramalan horoskop kepada mereka, ia bakal mengundang nilai kepercayaan yang kuat kepada ramalan karut tersebut. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Aishah P Othman, ‘Penglibatan Remaja terhadap Horoskop dan Kesannya kepada Akidah’, menjelaskan bahawa majoriti golongan remaja mengetahui dan mempercayai horoskop.

“Bintang tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam menentukan untung nasib manusia. Jika kita mudah mengetahui nasib kita, pastinya tiada lagi doa dipohon untuk dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh dan sebagainya kepada Allah S.W.T. Takdir kita hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui,” jelasnya.

Ingatlah firman Allah dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada siapa pun diatas muka bumi mahupun langit  yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah S.W.T.” Wallahu a’lam

_________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare