SYARIKAT Bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn. Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan bersama dutanya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah melancarkan produk kesihatan berkualiti iaitu i-Qids di Hotel Glenmarie & Golf Resort dalam majlis sambutan ulang tahun yang ke-13, baru-baru ini.

“Kita dah beralih ke fasa endemik jadi anak-anak sudah boleh kembali ke sekolah seperti biasa dan boleh buat pelbagai aktiviti.

“Kalau dulu, anak-anak lebih banyak terperuk dalam rumah dan sering menghadap gajet sehingga tahap perkembangan IQ dan EQ mereka terbantu dan terganggu.

“i-Qids ini mampu tingkatkan memori dan pembelajaran selain menyokong fungsi otak. Itu yang buatkan saya teruja nak melihat perkembangan memori dan pembelajaran mereka,” kata Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil.

Menurut formulator produk terbabit iaitu Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, i-Qids merupakan vitamin “brain booster” yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi
menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus menyokong proses
pembelajaran mereka.

“Formulasi i-Qids ini amat istimewa kerana ia mengandungi ‘superfood’ terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.

“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tak boleh keluar bermain, tak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian. Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak.

“Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung. Sekarang, kita sedang beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah mula bersekolah.

“Oleh itu, kami melihat i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk bantu ibu bapa di luar sana meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka.

“Selain itu, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari. Suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang lazat ini pastinya digemari anak-anak berusia 2 hingga 12 tahun,” ujarnya.

Sementara itu pengarah urusan Eskayvie iaitu Kartika Wati Mohamed berkata, syarikatnya akan terus menghasilkan lebih banyak produk berkualiti tinggi dengan harga mampu milik.

Kartika Wati (tengah) bersama Aznil Nawawi dan Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri

“Bukan sahaja mampu milik tetapi ia sangant sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur.

“Ini seiring dengan visi Eskayvie iaitu untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah. Kami yakin bahawa kehadiran produk baru ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan serta mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan.

“Eskayvie Nexus adalah sebuah platform yang tepat dengan peluang terbaik untuk mulakan bisnes tanpa modal kerana semuanya boleh dilakukan secara atas talian dari mana saja.

“Meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal,” katanya.

Pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi pada tahun ini akan menjadi lebih tinggi disebabkan berlakunya peningkatan terhadap permintaan barangan runcit dan keperluan asas.

Malah, dijangka rantaian bekalan global bakal berkurangan serta berlakunya
peningkatan harga komoditi di seluruh dunia bermula pertengahan tahun ini.

“Eskayvie melihat ini sebagai peluang terbaik untuk terus bantu memberikan ruang serta peluang kepada mereka di luar sana agar dapat keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi ini,” ungkap Kartika lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk i-Qids ini, layari laman sesawang
www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.