SEORANG murid sekolah berusia 16 tahun maut selepas melanggar pembahagi jalan dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah awal pagi tadi.
Kejadian berlaku di Persiaran Jubli Perak, Shah Alam, pukul 8.05 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang merupakan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam, meninggal dunia di tempat kejadian.
Baca artikel berkaitan: Pemandu teksi lawan arus dekat Taman Equine disiasat
Katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC milik ibunya dalam perjalanan dari Sekyen 17 menuju ke Bulatan Andalas sebelum hilang kawalan.
“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes kini di siasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, Mohd Iqbal meminta saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram