Sedapnya opor daging ni. Bagi yang tak tahu nak masak apa hari ini, apa kata cuba yang lazat ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
70 gm rempah opor
200 gm bawang merah
25 gm bawang putih
25 gm halia
3 gm belacan
50 gm cili kisar
5 cm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
50 gm asam jawa – dibancuh dengan 1 cawan air panas dan diambil airnya
Santan daripada 1 biji
kelapa parut
2 batang serai – dititik
100 gm kerisik
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
2.Masukkan bawang merah, bawang putih, halia bersama cili kisar dan belacan. Tumis sehingga wangi.
3.Masukkan daging bersama dua cawan air dan masak sehingga mendidih.
4.Masukkan santan dan rempah opor. Biar mendidih sehingga daging empuk dan airnya kering sedikit sebelum kecilkan api.
5.Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Biar reneh sehingga sebati, kuah pekat dan keluar minyak

Resipi: Rohana Abu Samah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram