PELAKON Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Hanif Zaki menerusi Instagram dengan meluahkan rasa kesyukuran apabila semua proses kelahiran anak keduanya itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah berkat Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini.

“Hari ini sepatutnya kali terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah works in a mysterious way,” katanya.

Hanif turut berkongsi sekeping foto Anzalna dan bayi keduanya ketika di dewan bedah.

Namun, dia tidak memperincikan jantina zuriat keduanya itu kepada umum.

Sementara itu, menerusi Instagram Story Anzalna beberapa jam lalu, dia memohon maaf serta berdoa semoga urusan kelahiran diberi kelancaran.

“Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Minta maaf sekiranya ada buat salah silap.

“Doakan Anzalna dan baby dipermudahakan segalanya. Amin,” tulis Anzalna.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Eidrees yang kini berusia 2 tahun.