Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warganegara Indonesia dan seorang tekong warga tempatan ditahan TLDM, malam tadi. GAMBAR: Ihsan TLDM

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Indonesia kerana cuba menceroboh masuk sempadan negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, empat PATI berusia lingkungan antara 20-an hingga 40-an itu ditahan di perairan Johor Selatan kira-kira pukul 9.30 malam semalam.

Pada masa sama, TLDM turut menahan seorang lelaki dipercayai tekong warga tempatan.

Menurut TLDM, dua asetnya iaitu fast boat combat (FCB) 1124 dan RHIB LEPAU yang sedang dalam penugasan Op Benteng Laut di bawah perintah kawalan KD Handalan di lapangan telah mengesan keberadaan sebuah bot mencurigakan yang sedang bergerak dari Pasir Gudang menuju ke arah Selat Singapura.

“Bertindak atas pengesanan, FCB 1124 dan RHIB LEPAU lantas mengambil tindakan pantas untuk melaksanakan pemintasan terhadap bot tersebut dan telah berjaya ditahan kira-kira satu batu nautika Selatan Tanjung Pengelih.

Baca artikel berkaitan: Taktik guna lori sewa angkut 32 PATI terbongkar selepas ditahan polis

“Kesemua PATI termasuk tekong yang diberkas telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang dan seterusnya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Matirim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili untuk tujuan soal siasat dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, TLDM memaklumkan, kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat yang pantas oleh kesemua agensi terlibat memastikan setiap cubaan menceroboh akan dipatahkan baik di laut mahu pun di darat.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

“TLDM bersama agensi penguatkuasa maritim yang lain sentiasa komited dan siap siaga melindungi perairan negara pada sebilang masa,” jelas TLDM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram