SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mengerang kesakitan selepas kaki kirinya tertusuk tongkat basikal dalam satu kejadian di Taman Mawar, Alor Setar pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.54 pagi.
Ujarnya, setiba di lokasi pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong tongkat besi itu sebelum memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak terbabit.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Baca artikel berkaitan: Treler rempuh treler, pemandu cedera
Terdahulu pihaknya, memuat naik satu klip video bersama beberapa keping gambar kejadian tersebut di laman Facebook rasmi Bomba Alor Setar.
Dalam klip video tersebut kedengaran kanak-kanak tersebut mengerang kesakitan ketika pihak bomba sedang memberikan rawatan awal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram