Isu anak-anak menangis sewaktu permulaan sesi persekolahan bukanlah sesuatu yang asing dan boleh dijangka. Namun menjadi ketakutan ibu bapa ialah sama ada guru boleh mengawal situasi berkenaan dengan baik atau tidak.

Sofia Hussien berkongsi pengalaman mengalami kesukaran apabila guru kelas anaknya menyifatkan tangisan si anak sebagai gangguan sesi pembelajaran di kelas.

Ulas Sofia, lebih menyedihkan anaknya yang baru berusia lima tahun didakwa tiada kesedaran untuk belajar.

Ya allah sedih nya la, baru 4 hari anak sekolah cikgu dah wasap macam ni, tak normal ke kanak-kanak 5 tahun menangis ke sekolah ?? .

Budak 5 tahun di katanya tak ada kesedaran nak belajar 😢, sedih betul sampai macam ni cikgu pandang anak saya.

Bukan saya tak ajar kat rumah, ajar ikut cara saya ,ialah saya bukan cikgu pon, takat boleh tulis 1-20 mengenal abc menulis abjad itu pon kadang terbalik, anak saya tak pandai baca macam budak-budak 5 tahun yang lain, tak layak ke nak masuk tabika perpaduan ni😥.

Hari-hari saya pujuk dia pegi sekolah, tak meraung, cuma muka monyok, air mata mengalir. Tak normal ke kanak-kanak 5 tahun macam ni.

Saya pun tak tahu umur berapa kesedaran nak belajar kanak-kanak untuk belajar ada.

Apa perlu saya buat??

Sekolah kerajaan anak-anak ibu cikgu garang-garang ke??

Ada law ke hanya budak pandai je boleh msuk??”

Isu ini turut mendapat perhatian pakar terapi kanak-kanak, Dr Maryam Jamadi yang turut memberikan penjelasan buat permasalahan yang berlaku. Ulasnya adalah normal bagi seorang kanak-kanak menangis kerana mereka masih belajar untuk menerima persekitaran baru.

Sumber : Sofia Hussien