Teringin nak makan laksa? Apa kata masak sendiri dirumah. Terjamin kebersihan dan keenakan. Jom cuba resepi laksa Kuala Perlis yang dikongsikan oleh Asma Yahaya ini. Memang sedap dan pasti makan bertambah.

BAHAN-BAHAN
1 paket laksa beras kecil – direndam dan direbus

BAHAN UNTUK KUAH LAKSA:
1 kg ikan kembung atau sardin
15 – 20 tangkai cili kering – direndam air panas
10 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa
Sedikit belacan
6 keping asam gelugur

BAHAN ULAM-ULAMAN:
1 ikat daun selom – hiris halus
1 labu bawang besar – hiris nipis
6-10 tangkai cili padi – hiris halus
3 biji limau nipis- belah dua
Telur rebus secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus laksa sehingga empuk dan lembut kemudian tus. Ketepikan.
2.Rebus ikan dan ambil isinya. Kemudian kisar bersama air hingga halus.
3.Sebelum dimasukkan ke dalam periuk, tapis isi ikan terlebih dahulu agar tulang-tulang kecil ikan tadi dapat diasingkan.
4.Kemudian kisar cili kering bersama bawang merah dan bawah besar hingga halus. Satukan ke dalam periuk berisi isi ikan tadi. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan. Tambahkan air agar kuah tidak terlalu pekat.
5.Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih agar isi ikan tidak berketul. Masukkan belacan, garam dan asam keping secukup rasa.
6.Hidangkan laksa bersama kuah serta hirisan daun selom dan ulaman lain.

Resipi: Asma Yahaya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram