Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi sup ekor yang Saji kongsikan ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN:
220 gm ekor lembu
600 ml air stok daging
60 gm bawang merah
20 gm bawang putih
5 gm daun bawang
30 gm halia
5 gm cili padi
1 batang serai
10 gm bunga lawang, pelaga, cengkih
10 gm kulit kayu manis
20 gm rempah sup
1 biji buah tomato
1/2 biji limau nipis – ambil jus
5 gm bawang goreng
Garam
Minyak

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, serai, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
2.Selepas itu, masukkan rempah sup dan cili padi. Kacau sehingga pecah minyak.
3.Kemudian masukkan air stok daging dan kacau sehingga mendidih.
4.Selepas itu, masukkan ekor, jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5.Barulah masukkan tomato dan biarkan mendidih seketika.
6.Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.

Resipi: Eksekutif Sous Chef Shamsul Rizal Johari, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram