Kadang kala buntu memikirkan kudapan minum petang yang sesuai untuk keluarga. Cucur tepung sudah biasa, jadi apa kata hidangkan Creamy Crab Ball buat santapan.

Cara menyediakannya cukup mudah, namun keenakannya tiada tandingan.

Jom cuba resipi yang dikongsikan Tyra Manan.

CREAMY CRAB BALL

Bahan :

Crab stick – Koyak-koyakkan

Daun bawang

Bawang holland – Cincang

Bawang putih – Cincang

Butter

Lada hitam

Cara :

1. Panaskan kuali dan cairkan butter

2. Tumis bawang holland dan bawang putih sampai kuning. Kemudian masukkan crab stick tadi dengan daun bawang dan perasakan dengan black pepper.

=================================

Bahan cream :

Butter

Tepung

Susu fresh milk – kalau suka yang lagi berkrim, boleh guna susu full cream

Cara :

1. Cairkan butter, masukkan tepung dan gaul sikit bagi rata. Padam api dan terus masukkan susu. Kacau sampai tepung dan susu tu sebati.

**Bahagian ini jangan biar lama atas api, nanti tepung tu masak sangat, tak jadi creamy la.

Dah siap cream, campurkan dalam isi ketam tadi dan bulat-bulatkan ikut size yang disukai. Ok dah settle tu, jom kita nak goreng pulak.

=================================

Bahan untuk menggoreng :

Telur

Tepung bestari – kalau nak ganti tepung gandum pon boleh

Bread crumbs

Cara :

1. Celup adunan yang dah dibulatkan tadi dalam telur, kemudian tepung dan celup kembali dalam telur. Selepas itu baru golekkan dalam bread crumbs. Bersedia untuk digoreng dalam minyak yang panas.

Nak pesan awal-awal, dah siap tu makan pulak dengan cili sos, siyes memang tak ingat orang belakang tau! 😛

Ok macam biasa kalau share resepi ni jangan lupa kredit Tyra okies.

#TyraMasakHokey.”

Sumber : Tyra Manan