Geladangan (berbaju putih) yang disyaki memukul dan menyamun seorang wanita, baru-baru ini.

SEORANG lelaki geladangan yang bertindak samun dan pukul seorang wanita dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah dekat Klang, Selasa lalu diberkas polis petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek seorang lelaki Melayu ditahan dekat Jalan Tiara, Bandar Baru Klang.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Klang Utara dan anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Polis Bandar Baru Klang berjaya memberkas suspek pada pukul 5 petang tadi”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis cari geladangan pukul, samun wanita

Katanya, suspek telah di bawa ke IPD Klang Utara dan proses tahanan  reman akan dilakukan pada esok pukul 9 pagi.

UtusanTV sebelum ini melaporkan mangsa telah mengalami kecederaan selepas ditendang dari arah belakang sehingga terjatuh sebelum disamun.

Malah, suspek juga bertindak agresif dengan memukul bahagian muka dan kepala sebelum melarikan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram