merawat dengan ruqyah
Sekadar gambar hiasan

Ramai yang melakukan sesuatu perkara bagi tujuan tertentu tanpa menyedari ia  bertentangan  dengan syarak. Hal ini  diakui oleh Mohd Zohdi Mohd Amin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),  dengan menegaskan, meskipun menggunakan perubatan tradisional dan mendakwa itu adalah perubatan Islam, tetapi perlu diteliti akan bahan serta jenis bacaan yang digunakan.

Ujarnya, jika bahan yang digunakan terbukti berkhasiat menurut syarak ataupun kaedah saintifik, ia dibolehkan. Misalnya penggunaan khasiat buah-buahan seperti tomato, timun, belimbing, minum air daun inai yang direbus, minum air kelapa dan sebagainya. Buah-buahan ini bukan sahaja mempunyai khasiat tertentu, tetapi berupaya mencantikkan kulit wajah agar kelihatan menarik.

“Jika  bahan-bahan yang digunakan itu mempunyai khasiat tersendiri, yang dibuktikan melalui al-Quran atau hadis, ataupun daripada kaedah saintifik, ia dibolehkan. Perkara sedemikian termasuk dalam bab khasiat alam. Keadaan yang sama seperti mengambil ubat bagi tujuan berubat. Penentu kepada kesan atau kesembuhan hanya milik Allah,” katanya.

Namun, jika menggunakan bahan yang tiada khasiat seperti menyimpan bahan besi, kulit, taring, paku dan sebagainya, ia dibimbangkan ada pendamping jin yang tidak diketahui oleh pengamal. Apatah lagi bahan-bahan itu digunakan berserta dengan jampi-jampi tertentu yang kadang-kadang langsung tidak difahami oleh orang biasa.

Walaupun ada juga pengamal perubatan tradisional atau pengendali spa kecantikan yang mendakwa mereka menggunakan ayat al-Quran yang dipanggil ruqyah, tetapi setiap pelanggan perlulah memahami dengan jelas ayat dari surah mana yang digunakan. Jika memahaminya, menurut pandangan Imam Hanafi dan Syafie, ia dibolehkan dengan tujuan mengambil keberkatan ayat al-Quran.

Syarat ruqyah

Tegas Mohd Zohdi, ruqyah yang dilakukan menggunakan bahasa yang tidak difahami dan mengarut adalah salah dan boleh menimbulkan keraguan. Antara syarat ruqyah syar’iyyah adalah perlu seeloknya menggunakan sumber dari al-Quran dan as-Sunnah, tiada unsur syirik dan pemujaan, iktiqad kesembuhan bukan pada ruqyah tetapi pada Allah. Ia termasuk juga menggunakan bahasa yang boleh difahami dan bukannya kalam orang yang kafir atau jahil yang boleh menimbulkan keraguan.

Rasullullah s.a.w pernah bersabda melalui ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy,

“Kami semasa zaman Jahiliyyah biasa melakukan jampi mentera, lalu kami bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah!, Apakah pendapat kamu di dalam masalah ini?. Maka Baginda pun bersabda “Tunjukkanlah kepadaku jampi-jampi kalian, tidak mengapa meruqyah selagi mana tidak mengandungi syirik,” (HR Muslim).

Pastikan ketika merawat menggunakan bacaan ruqyah memenuhi syariat Islam

Oleh hal demikian, jika tidak diketahui dengan jelas akan ayat al-Quran yang digunakan, maka lebih baik ditinggalkan sahaja perawatan tersebut, kerana ia dikhuatiri termasuk dalam amalan sihir dan kalimat-kalimat kufur.

Begitu juga menggunakan bahan tertentu sebagai tangkal yang perlu dibawa selalu ataupun perlu memakainya di leher seakan rantai, agar wajah sentiasa bercahaya dan terpesona orang melihatnya.

Perkara sebegitu jelas sekali diharamkan dalam Islam sebagaimana sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah r.a.

“Sesiapa yang mengikat suatu ikatan (tangkal), kemudian menghembus (menjampi) pada ikatan tersebut, ia telah melakukan sihir, sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah berlaku syirik. Sesiapa yang menggantung sesuatu (tangkal), maka dia telah bertawakkal dengannya.”

__________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare