Penghantar makanan yang berjaya diberkas polis susulan meragut rantai seorang wanita. GAMBAR: POLIS

SEORANG penghantar makanan ditangkap polis kurang 24 jam selepas meragut seorang wanita warga asing dekat Jalan Kuchai Maju 10, pukul 4 petang semalam.

Suspek diberkas polis kira-kira enam jam kemudian pada pukul 10.15 malam hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa berusia 31 tahun diragut ketika sedang berjalan sendirian.

Baca artikel berkaitan: Geladangan pukul, samun wanita dekat Klang diberkas polis

Katanya, suspek menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna hitam dengan nombor pendaftaran yang tidak dapat dipastikan.

“Hasil semakan mendapati suspek berusia 33 tahun mempunyai satu rekod lampau jenayah dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek mengaku telah meragut rantai emas milik mangsa dan menjual rantai tersebut ke kedai pajak gadai dekat Bandar Sri Permaisuri Cheras dengan nilai sebanyak RM600.

“Polis turut merampas barang-barang yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah iaitu sepasang pakaian, sebuah beg Grab, sebuah telefon bimbit dan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna hitam”.

Amihizam berkata, permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur pada hari ini.

“Suspek akan direman selama empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram