Gambar Hiasan.

PEMBANTU khas kepada seorang wakil rakyat disahkan maut selepas terjatuh daripada basikal yang ditungganginya di Jalan Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai satu kemalangan jalan raya maut melibatkan seorang penunggang basikal.

Menurut beliau. mangsa dipercayai dalam perjalanan menuruni cerun dari arah Cameron Highlands menghala ke Simpang Pulai.

Mior Faridalathrash berkata, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas di atas jalan raya dan maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal pasukan penyiasat trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mendapati tempat kejadian adalah berhampiran Dynasty Memorial Hill Imperium, Jalan Simpang Pulai, Ipoh.

“Semasa kejadian, penunggang basikal terbabit dipercayai dalam perjalanan menuruni cerun dari arah Cameron Highlands menghala ke Simpang Pulai telah hilang kawalan terhadap basikalnya lalu terbabas di atas jalan raya.

“Mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala basikal mangsa tidak mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jenazah Nur Airis Iman, murid tahun 4 maut digilis lori selamat dikebumi

Mior Faridalathrash memaklumkan, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan mati mengejut (SDR) dibuka untuk siasatan lanjut pihaknya.

Beliau turut menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Shahrul Rizwan Wan Ali di talian 013-6218531 untuk membantu siasatan kes.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak ingin memberi nasihat kepada semua peminat sukan berbasikal agar sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati semasa menunggang basikal di atas jalan raya.

“Ia termasuk di kawasan-kawasan cerun yang berbahaya dan memastikan aspek mekanikal basikal dalam keadaan baik untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram