Gundogan (kiri) menjaringkan gol kemenangan buat City di Stadium Etihad. - Gambar Facebook Man City News

MANCHESTER City melakukan kebangkitan luar biasa apabila menang 3-2 ke atas Aston Villa biarpun ketinggalan dua gol di Stadium Etihad.

Kemenangan itu sekaligus menobatkan The Cityzens sebagai juara Liga Perdana Inggeris bagi musim 2021-2022.

Skuad kendalian Pep Guardiola bagaimanapun memilih jalan sukar untuk menjadi juara apabila pemain Aston Villa, Matty Cash menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit 37.

Melihat kepincangan bahagian pertahanan Manchester City, Guardiola kemudian melakukan pertukaran sebaik separuh masa kedua dengan memasukkan Oleksandr Zinchenko bagi menggantikan Fernandinho.

Manchester City begitupun gagal untuk memecah kebuntuan pertahanan Aston Villa yang bijak menyerap asakan pemain penyerang Guardiola.

Guardiola kemudian memasukan Raheem Sterling dan Illkay Gundogan bagi menggantikan Riyad Mahrez dan Bernardo Silva.

Malang buat Manchester City apabila Aston Villa yang menunggu untuk melakukan serangan balas berjaya menjaringkan satu lagi gol pada minit 69 perlawanan.

Bekas pemain Liverpool, Philippe Countinho menyumbat gol buat Aston Villa selepas menerima hantara Ollie Watkins.

Baca artikel berkaitan: EPL: Bowen bikin Manchester City kempunan tiga mata

Ketinggalan dua gol dengan baki 20 minit perlawanan, Manchester City terus mengasak tanpa berputus asa dan hasilnya, pemain gantian, Gundogan berjaya menjaringkan gol selepas menanduk masuk hantaran lintang Sterling.

Selang dua minit kemudia, asakan City berjaya menyamakan kedudukan selepas seorang lagi pemain gantian, Zinchenko melakukan hantaran lintang cantik yang disudahkan dengan rembatan deras pemain tengah, Rodri.

Tiga minit selepas itu, Gundogan menjadi wira City apabila berjaya menampan masuk hantaran lintang pemain terbaik Liga Perdana Inggeris, Kevin De Bruyne pada minit 81.

Kedudukan 3-2 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, mengecewakan harapan Liverpool yang hampir menjadi juara.

Keputusan perlawanan lain:

Arsenal vs Everton: 5-1

Brentford vs Leeds United: 1-2

Brighton and Hove Albion: 3-1

Burnley vs Newcastle United: 1-2

Chelsea vs Watford: 2-1

Crystal Palace vs Manchester United: 1-0

Leicester City vs Southampton: 4-1

Liverpool vs Wolverhampton Wanderes: 3-1

Norwich City vs Tottenham Hotspurs: 0-5

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram