PENYANYI terkenal Mawi menyifatkan apa yang terjadi kepada Datuk Kazim Elias serupa dengan dirinya apabila suatu Ketika dahulu dia pernah terkena buatan orang atau disihir.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, hanya orang yang mempercayai perkara ghaib ini sahaja akan merasakan apa yang dilalui oleh Ustaz Kazim adalah logik.

“Kasihanlah pada dia. Orang-orang yang tidak percaya benda ghaib, akan berasa tidak logik. Kalau yang betul-betul beriman, percaya benda ghaib, memang wujud sebab saya pernah lalui benda ini.

“Apabila berbual dengan ustaz mengenai perkara ini, sebab itu keserasian kami kuat. Sebab itu buat juga cerita ini. Kami lalui pengalaman sama.

“Saya yakin benda ghaib wujud. Jadi nak kongsi cerita ini sebagai pengajaran buat semua,” katanya memetik Harian Metro.

ARTIKEL BERKAITAN : Kazim Elias Dedah Hidap Penyakit Misteri Sampai Luka Berdarah, Aeril Zafrel teruk kena kecam, dakwa foto sakit Kazim Elias hanya lakonan

Mawi sebagai pengarah bagi filem Zim Zim Ala Kazim yang dibintangi oleh Ustaz Kazim yang memegang watak utama dikatakan bakal ditayangkan pada tahun ini.

“Ikutkan filem ini akan ditayang sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Asalnya juga untuk Astro First. Tapi mungkin berubah ke panggung sebab sudah boleh dibuka semula jadi kita cuba tahun ini juga.

“Cumanya akan ambil masa sedikit sebab banyak proses perlu dilalui. Tapi kalau segalanya okay mungkin hujung tahun ini,” ujarnya lagi.

Ustaz Kazim baru-baru ini telah membuat kongsian yang menarik perhatian netizen apabila menujukkan bahagian muka dan tangannya yang mempunyai kesan-kesan luka akibat daripada gatal-gatal yang dikatakan terkena buatan orang.