Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi makaroni goreng yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
500 gm makaroni – rebus dahulu
3 ulas bawang besar – cincang
10 ulas bawang putih – cincang
10 tangkai cili merah – kisar
1/2 cawan minyak masak
300 gm isi ayam – potong dadu
20 ekor udang
3 biji tomato – potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau – hiris kasar
1/2 biji lada benggala kuning – hiris kasar
1/2 biji lada benggala merah – hiris kasar
500 gm bunga kobis – hiris kasar
2 biji lobak merah – potong dadu
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
2 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu besar gula
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus makaroni sehingga masak. Apabila sudah masak, gaulkan dengan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat.
2.Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang besar, apabila sudah garing, masukkan cili merah dan gula.
3.Tumis cili sehingga garing, masukkan isi ayam, udang dan tomato. Kacau rata.
4.Tambahkan garam, sos tomato dan sos cili. Kemudian bolehlah masukkan bunga kobis, lobak merah, lada benggala merah, lada benggala kuning dan lada benggala hijau.
5.Apabila sayur hampir layu, masukkan makaroni. Kacau dan gaul rata. Akhir sekali masukkan serbuk oregano. Kacau rata.

Resipi: Mazia Catering


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram