Hanya dengan satu bahan asas, masak lemak cili api boleh dipelbagaikan kepada berpuluh jenis menu mengikut selera masing-masing.

Dan paling utama, resipinya wajib mengikut air tangan orang Negeri Sembilan, barulah menjadi.

Terima kasih SuiSan Aliezsha atas perkongsian.

“Nah lanjer lagi hasil masakkan original N9 dari air tangan saya. Setiap negeri terkenal dengan masakan tersendiri. Negeri Sembilan terkenal dengan masak lemak cili api, ayah dan arwah mak pula dua-dua berasal Negeri Sembilan🤣😂🤣😂..

Resipi masak lemak cili api 🌶🌶🌶…

1. Kelapa parut 🥥🥥 (perah ambi pati santan sahaja, kalau boleh time perah tu letak air lebih. Tak perlu ramas berkali-kali, cukup sekali buat sahaja, biasa masak untuk seekor ayam, 1 kg daging, seekor ikan bersaiz besar saya guna dua biji kelapa bergantung pada saiz kelapa yang ni korang kena adjust sendri)

2.Cili api, kunyit hidup, serai (tumbuk lumat + titik serai)

3. Asam keping

Bahan-bahan campur tu terpulang korang nak letak apa ..(kalau nak letak petai, kikis dulu kulitnya rebus seketika)

Sediakan kuali masukkan santan, cili yang ditumbuk, guna api sederhana sentiasa kacau jangan bagi santan pecah minyak.

Agak-agak kuah dah pekat masukkan ikan dan bahan-bahan campuran korang. Nanti sesuaikan api tu besarkan sikit.

Kacau dan masukkan asam keping. Kalau masak dah letak asam, tak perlu asam keping lagi, tapi kalau nak letak pun tak ada masalah.

Masak lemak cili api paling senang, dah letak semua tu tengok permukaan, dah licin elok maknanya masakkan dah masak.

Kalau masak telur, langkah masak kuah sama cuma bezanya hanya letak serai, kuah dah masak baru pecahkan telur. Kalau boleh telur tak perlu terbalikkan. Hanya kacau-kacau sahaja kuah di permukaan telur.

Untuk masak ayam, perut dan daging, cili, kunyit dan serai yang ditumbuk dimasukkan ke dalam ayam atau daging dan letakkan sedikit air. Rebus dahulu (Negeri Sembilan kata kecutkan).

Langkah seterusnya, masukkan santan, asam keping dan kacau sampai masak. Kadang ada yang buat tak jadi tu sabarlah ya. Usaha lagi, air tangan kita tak sama. Moga ilmu ini bermanfaat untuk semua. Salam aidilfitri buat semua💞💞.”

Jom cuci mata tengok seleksi masak lemak cili api orang Negeri Sembilan. Cukup membuka selera.

Tenggiri masak lemak cili api + petai kikis + kacang
Lampan + belimbing buluh
Ikan kembong + bacang
Telor itik + kundang muda + peria
Tenggiri + pegaga + kundang muda
Udang galah + rebung
Ayam + kacang botol
Baung + bacang + kundang muda
Cendawan tiram
Udang + kacang
Telur ayam + pucuk ubi + terung telunjuk
Telor itik + belimbing + kacang
Ikan jenahak + rebung + terung telunjuk
Pisang muda + ikan bilis + tempoyak
Udang + daun kunyit
Ketam
Telor ayam + belimbing
Ayam + kentang
Tenggiri + tomato + terung telunjuk
Udang + Kacang
Tenggiri + rebung
Perut + rebung
Ketam + daun kunyit
Keladi + tempoyak
Jantung pisang + pisang muda
Pucuk ubi + jantung pisang
Daging + ubi kentang
Sardin masak lemak cili api + kentang
Tenggiri + kambas..
Tenggiri + Daun asam gelugor + belimbing..
Cendawan tiram + udang
Telor itik + kundang muda ..
Tenggiri + pegaga
Baung sungai + belimbing
Kambing salai + pucuk ubi
Ayam + nangka

Sumber : SuiSan Aliezsha