Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengadakan sidang media di Putrajaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

RASUAH dalam perolehan perkhidmatan perubatan berhubung Covid-19 antara yang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan pihaknya termasuk penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan bantuan dan pakej rangsangan.

“Ia turut membabitkan penipuan yang berkaitan dengan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan (pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain) dari segi kuantiti.

“Selain itu, penipuan ini turut melibatkan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah serta rasuah pegawai penguat kuasa dalam barisan penguatkuasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya memetik laporan Berita Harian.

Mengulas lanjut, Azam berkata, perkara berkenaan menunjukkan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang haram daripada musibah yang menimpa orang ramai.

Sedangkan, ujar beliau, banyak negara menghulurkan bantuan ekonomi dan membuat pembelian peralatan perubatan melalui tabung kecemasan.

Tegasnya, perkara tersebut amat menyedihkan kerana ketika mana negara dilanda pandemik dan dalam keadaan kecemasan, beberapa pembelian dalam sektor itu terpalit dengan rasuah.

Baca artikel berkaitan: SPRM buka 379 kertas siasatan, tahan 425 individu setakat April tahun ini

Sementara itu, Azam berkata, SPRM telah membuka sebanyak 376 kertas siasatan membabitkan 415 tangkapan berkaitan jenayah rasuah mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Kanun Keseksaan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Katanya, suku pertama tahun ini juga turut menyaksikan sebanyak RM12.58 juta aset dirampas, manakala RM59 juta lagi dilucut hak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram