Tangkap layar rakaman banjir yang tular mendakwa kawasan KL Sentral berlaku banjir.

POLIS menafikan berlakunya kejadian banjir di kawasan Brickfields seperti yang ditularkan di media sosial petang tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, video dengan kapsyen “KL Sentral Banjir 25 May 2022” tersebut berlaku pada 25 April lalu.

“Keadaan di Stesen Sentral Kuala Lumpur dan jalanraya di sekitar kawasan terbabit dalam berkeadaan baik dan selamat digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Amihizam menasihati orang awam untuk tidak berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih.

Baca artikel berkaitan : Polis buru dua lelaki gaduh sehingga rosakkan Axia

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook turut menafikan kejadian tersebut.

“Sehingga jam 2.00 petang, tidak berlaku banjir di kawasan KL Sentral seperti yang digambarkan dan para petugas sentiasa bersiap siaga di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti bagi memastikan kelancaran trafik serta memastikan kejadian air bertakung dapat diipulihkan dengan segera”, tulisnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram