Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi daging masak lada hitam yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – dipotong nipis
1 batang lobak merah – potong dadu
1 batang seleri- dihiris nipis
Secubit garam
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
1 biji tomato
2 labu bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1 cm halia – dikisar
Minyak masak
1 batang daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Potong daging nipis-nipis, basuh dan tuskan.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
3.Masukkan daging, lada hitam dan kicap pekat biarkan mendidih.
4.Apabila mendidih masukkan lobak merah, batang celeri hingga pekat.
5.Akhir sekali sesuaikan rasa masukkan lobak merah.
6.Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram